Gotong-Royong Perdana ini telah diadakan pada 15 Mei 2010 (Sabtu) sempena Perayaan Hari Guru 2010. Pada 8.00am, aktiviti gotong-royong dimulakan, semua pihak yang terlibat bertugas di kawasan masing-masing seperti yang ditetapkan. Aktiviti gotong-royong berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari semua pihak. Aktiviti gotong-royong ini ditamatkan pada pukul 12.00 pm.