Selasa
Latihan kecemasan telah diadakan pada 2-03-2012 di SJKC Chung Pin Linggi. Tujuan latihan tersebut adalah untuk melatih murid-murid supaya bertindak dengan tenang dan teratur apabila kecemasan berlaku. Murid-murid dilatih untuk meninggalkan bangunan sekolah mengikut perjalanan yang telah ditetapkan dalam masa yang singkat dan juga dalam keadaan yang teratur dan berdisiplin.
Semua guru dan murid-murid berkumpul di gelanggang sekolah. Guru berkenaan mengambil kedatangan murid sebaik sahaja murid-murid berkumpul di gelanggang.
Cikgu Teo memberi penerangan kepada murid-murid tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan yang harus dilakukan semasa kecemasan berlaku.
No comments:
Post a Comment