Selasa
Latihan kecemasan telah diadakan pada 2-03-2012 di SJKC Chung Pin Linggi. Tujuan latihan tersebut adalah untuk melatih murid-murid supaya bertindak dengan tenang dan teratur apabila kecemasan berlaku. Murid-murid dilatih untuk meninggalkan bangunan sekolah mengikut perjalanan yang telah ditetapkan dalam masa yang singkat dan juga dalam keadaan yang teratur dan berdisiplin.
Semua guru dan murid-murid berkumpul di gelanggang sekolah. Guru berkenaan mengambil kedatangan murid sebaik sahaja murid-murid berkumpul di gelanggang.
Cikgu Teo memberi penerangan kepada murid-murid tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan yang harus dilakukan semasa kecemasan berlaku.
Guru Besar, Puan Yap Ley Eng memberi ulasan tentang latihan kecemasan ini dan memberi nasihat kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri.
No comments:
Post a Comment