6-03-2010
Sabtu
Temasya Sukan Tahunan SJKC Chung Pin Linggi NSDK 2010 telah diadakan pada 6-03-2010 dengan berjayanya. Berikutlah gambar-gambar yang diambil pada hari yang meriah itu......
Murid-murid berkumpul di dewan pada awal pagi. Setiap orang diberi roti untuk membekalkan tenaga bagi mereka mengambil bahagian dalam acara yang akan diadakan nanti......
Murid-murid berkumpul di khemah yang telah disediakan untuk pasukan masing-masing.
Pasukan rumah biru************** Pasukan rumah kuning ***********Pasukan rumah merahSukan Tahunan dimulakan dengan acara lintas hormat. Semua ahli pasukan sudah bersedia? Haha...... Nampaknya semua bersemangat dan bakal menjadi pemenang ^^ Ucapan Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Bacaan ikrar peserta sukan
Acara yang pertama, larian perseorangan mengikut tahun.
Acara mengutip dan meletak pundi kacang bagi Tahun 1 dan Tahun 2. Acara terompah gergasi bagi Tahun 3 dan Tahun 4. Acara mengolek tayar bagi Tahun 5 dan Tahun 6. Acara tarik bola dengan gelung plastik bagi Tahun 1 dan Tahun 2. Acara lari berguni bagi Tahun 3 dan Tahun 4. Acara melompat tali bagi Tahun 5 dan Tahun 6. Acara lari dengan membawa bendera pasukan bagi Tahun 5 dan Tahun 6.

Acara yang seterusnya adalah acara terbuka yang dibuka kepada ibu bapa dan murid-murid tua SJKC Chung Pin Linggi untuk mengambil bahagian. Sambutan yang bagus diberi oleh para ibu bapa dan murid tua.
Pertandingan ibu bapa bersama anak. Pertandingan antara guru dengan ibu bapa.
Dengan bangganya diumumkan bahawa pasukan biru merupakan JOHAN bagi Sukan Tahunan 2010^^
Sukan Tahunan 2010 diakhiri dengan ucapan penutup Yang Dipertua PIBG sekolah.
No comments:
Post a Comment